Sunday, May 30, 2010

MISI KALI KE DUA KE BLACK WATER TRONOH



Dahsyatttttttttttt bebbbbb...inilah hasilnya yang aku dapat..memang tak disangka...bermula jam 4.00 petang telah pun kuidam-idamkan untuk tarik penghulu penghulu besar kat Black Water. Alhamdulillah pada jam 7 mlm sekitar 7 kilogram hulubalang Pacu telah berjaya dipatahkan. Joran ku kali ini nampaknya berbisa dari sebelumnya.

Dengan berumpankan dedak bercampur sawit nampaknya mampu menjinakkan ikan ikan ini dan akhir ini terkulai di tangan joran ku


nantikan misi akan datang



Terima Kasih

Shaharudin ( Din Lubuk)

31 mei 2010

TEKNIK MEMANCING KERAPU

Kerapu merupakan satu spesis ikan yang paling digemari dan sentiasa menjadi buruan para pemancing. Ia dianggap sebagai satu simbol kejayaan bukan kerana aksinya semata-mata tetapi kerana isinya yang sedap, sangat susah didapati dan amat bernilai tinggi di pasaran.

Habitat dan Sifat pemakanan:

Ikan yang sering dijumpai di kawasan laut yang berstruktur ini susah didapati kecuali di sesetengah lubuk yang amat jarang dikunjungi oleh nelayan dan pemancing. Jika kita berjaya menjerat sekumpulan kerapu, ini bermakna lubuk itu masih dara atau telah lama tidak dikacau oleh nelayan atau pemancing.Pemangsa yang kelihatan bersifat pemalas, ‘berat perut’ dan bergerak lemah longlai itu menghabiskan banyak masa bersembunyi di kawasan berstruktur seperti kapal karam atau karang.

Ia gemar menyambar mangsanya dengan rakus dan kemudian membawanya secepat mungkin masuk ke struktur atau lubang yang menjadi kediamannya. Oleh itu, pemancing yang berjaya menewaskannya dalam saiz besar dianggap telah berjaya memperolehi salah satu lesen memancing yang amat dibanggakan.Dari segi sifat pemakanannya, kerapu bolehlah dikatakan spesis ikan yang paling tidak cerewet. Semua jenis umpan yang sesuai dengan seleranya akan diterkamnya tanpa banyak memilih. Kerapu biasanya aktif memburu mangsa pada waktu malam. Tetapi adakalanya pada waktu siang hari, khususnya awal pagi dan lewat petang, turut menjadi waktu yang paling sesuai untuk menjeratnya.

Dari segi bentuk badan dan sifat pemakanannya, kerapu telah diciptakan sebagai spesis pemangsa yang suka menyerang secara rakus, kasar dan mengejut. Ia mempunyai tenaga yang agak luar biasa untuk menyerang dan membunuh dengan begitu cepat dan singkat, tetapi ketahanan sewaktu menentang joran tidaklah berpanjangan sebelum ia lemah terkulai dan tewas.
.

Oleh itu, untuk memancing kerapu dengan efektif, para pemancing haruslah menggunakan peralatan yang benar-benar sesuai, iaitu terdiri dari jenis yang kuat dan kasar. Kejayaan menewaskan kerapu daripada meluru masuk ke kawasan yang berstruktur dari peringkat awal ‘peperangan’ adalah penentu kepada kejayaan muktamad menewaskan spesis tersebut. Justeru itu, para pemancing disarankan agar menyediakan kekili dan joran yang berkekuatan berat yang dijamin dapat menahan asakan awal yang kasar dari kerapu. Persediaan-persediaan alat perang lain seperti tali utama, mata kail dan perambut juga perlulah terdiri daripada jenis yang tahan, kuat dan kasar.

Pemilihan umpan:

Pemilihan umpan juga penting kerana walaupun kerapu tidak begitu memilih umpan, tetapi kebiasaannya ia gemar menerkam umpan yang agak besar. Umpan yang popular untuk menjerat kerapu ialah pelbagai jenis ikan apollo seperti selayang, selar dan kembong, tetapi yang cukup berkesan ialah umpan seekor tongkol segar. Umpan seekor tongkol mahupun potongan tongkol yang bersaiz besar sering menjadi sandaran kami untuk menaikkan spesis kerapu-kertang di perairan Pulau Pinang dan Kedah. Selain tongkol, kurita hidup juga menjadi umpan istimewa kerapu. Namun kerana saiznya agak kecil, ia sering dikacau terlebih dahulu oleh pemangsa lain khususnya jenahak dan ini boleh menganggu konsentrasi kita jika rancangan utama kita ialah menjerat sang kerapu.

Penggunaan umpan yang agak besar dicadangkan bagi menjerat kertang yang bersaiz monster. Lagi besar umpan lagi baik dan lebih efektif menjerat kerapu. Ini sesuai dengan sifatnya yang agak gelojoh dan tamak dan lebih berminat kepada mangsa yang lebih besar. Pengalaman menarik diperolehi semasa kami memancing kertang di sebuah lubuk dikenali sebagai Karang 06, Kedah. Seekor kerapu monster telah membaham seekor jenahak bersaiz 1-1.5 kg yang sedang meragut umpan, tetapi terlepas daripada mata kail kerana saiz mata kail tersebut yang terlalu kecil (no. 2) tidak dapat mengikat kemas mulut kerapu yang keras dan besar itu.

Walau bagaimanapun, kerapu itu tidak serik untuk menerkam umpan lain yang dihulurkan. Kali ini umpan yang disentuhnya ialah seekor kurita hidup yang diletakkan di hadapan bot. Umpan-umpan yang lebih kecil tidak menerima sebarang ragutan walaupun lebih hampir dengan lubuk kerapu yang meragut seekor jenahak itu. Ini menunjukkan kerapu lebih berminat kepada umpan bersaiz besar, dan jika tiada pilihan umpan paling besar diturunkan itulah yang akan menerima ragutannya. Barangkali umpan yang kecil dilihatnya seperti seekor kutu sahaja.


Cara melawan kerapu:

Cara melawan kerapu yang betul adalah satu syarat terpenting untuk mengelakkannya dari masuk ke sarang dan menyebabkan kita menggigit jari. Taktik yang paling asas ialah kita jangan memberikan sebarang peluang kepada si kerapu untuk menarik tali keluar dari kekili dan memalingkan kepalanya ke bawah. Ini kerana jika ia berjaya berbuat demikian, ia akan menuju terus ke struktur berkarang dan pasti berjaya membelit atau memutuskan tali.Sebaiknya kita harus mengekangnya sepantas dan sekuat yang boleh dan memaksanya bertahan agak lama sambil mencuba untuk menariknya menuju ke permukaan air. Cara ini agak kasar dan begitu memenatkan, tetapi berbaloi kerana kerapu hanya melawan seketika waktu sahaja. Jika kepalanya berjaya dihala ke atas dan ia sudah ditarik ke pertengahan air, tidak akan wujud sebarang masalah untuk menewaskannya kerana ketika itu ia sudah lemah dan tidak berdaya untuk melawan lagi.

Petikan Dari Majalah Pancing

LUBUK LUBUK IKAN SEKITAR TELUK DALAM PULAU PANGKOR

lokasi lokasi menarik untuk memancing dan merupakan lokasi terkenal bagi kaki kaki pancing.
di sekitar pulau pangkor.

1.tukun terendak
2.pulau raja
3.batu mandi,batu keramat, mcm2 lagi la batu ...
4.pulau dua
5.pulau giam n mentagor..
6.tukun perak


bersedialah dengan joran dan mata kail yang sesuai dan jangan lupa bawa umpan. itu yang penting


TARIKH DAN HARI SESUAI UNTUK MEMANCING

Dekat sini saya ingin berkongsi maklumat kepada semua pembaca tentang tarikh dan waktu yang sesuai untuk memancing.


aya nak berkongsi pengetahuan dgn rakan2 di sini berkenaan tarikh dan air/arus.

Bulan Hijrah bertarikh 12/13/14/15/16hb: Ketika ini bulan penuh atau mengambang
Lokasi:- Kawasan berselat dan sungai macam sungai kat Tanjung Karang, kong-kong
- arusnya agak deras dan tinggi.
- masa air pasang lebih lama dari masa surut.
- kebiasaan pemancing menggunakan batu ladung 30 keatas - No 32 cthny - berat setengah kilo!!
- Tarikh ni tak sesuai pergi memancing - mancing kat kolam lagi layan....kalau tak..dapat mabuk free!!!

Kawasan Laut pantai timur - Laut Cina Selatan seperti Dungun, Besut....
- Di sebelah malam - air/arus mati yang panjang, masa yg panjang ketika arus mati - keadaan ini air tenang
- Masa surut yang sederhana tetapi singkat disebelah siang hari
- Air laut ketika ini berkeadaan keruh dan banyak buih
- Masa ni mmg cun kalau turun mancing

Bulan Hijrah 19/20/21/22/23hb: Masa ni bulan separuh aje!!
Lokasi:- Kawasan berselat dan sungai macam sungai kat Tanjung Karang, kong-kong
- Air pasang tapi arus yg kurang/perlahan dan air akan surut secara sederhana
- Masa ketika air pasang & surut adalah sama - 4-5 jam pasang 4-5 jam surut
- Tersangat ler sesuai kalau memancing cari kerapu, jenahak, merah....!!!

Kawasan Laut pantai timur - Laut Cina Selatan seperti Dungun, Besut....
- Masa pasang surut air dan arus adalah sederhana - masa dan tahap arus adalah sama ketika pasang dan surut
- Air akan kelihatan jernih macam air tasik!!!
- Kurang sesuai memancing tetapi kalau dapat ikan sure yg bagak2....jika lokasi tu dalam 80 -100 meter ke bawah.



Tuesday, May 25, 2010

Misi menawan kolam Black Water



Kali ini kunjungan kami ke satu lokasi terpencil di daerah Batang Padang. Perjalanan bermula dari Kg Gajah Perak bermula jam 2.00 petang. Dengan disertai kaki pancing tegar.


Terjahan kali ini berjaya menaikkan Rohu berskala 2.5 Kg. Umpan dedak ciptaan sendiri telah berjaya memperdayakan penghuni kolam Black Water sehingga saat -saat akhir tepat jam 7.05 minit malam mengakhiri penantian selama 3 jam berada di sana.

Terima kasih dan nanti misi akan datang

Tunggu...


Najib

24 May 2010







TERJAH TELUK DALAM


Ini dia ceritanya. Teluk dalam sekali lagi menjadi sasaran terjahanku kali ini. Berbekalkan 4 batang pancing dan 100 ekor udang hidup untuk dijadikan umpan. mana tau dapat menjinakkan jenahak atau kerapu. Bermula perjalanan sekitar jam 7.00 mlm dari Kg. gajah ke Lumut dan bermalam di sana sambil sambil mencuba nasib di sekitar water front. tapi tak ada rezeki agaknya. tak berjaya mengangkat walaupun sekadar kerapu kecil.




Sekitar jam 12.30 malam kaki pancing yang mengambil kesempatan untuk bersantai dan memancing sudah mula mengangkat punggong untuk ke destinasi yang tak diketahui atau ada juga yang sudah berkira kira untuk pulang ke rumah.





Suasana semakin sunyi dan hanyak seketika dikunjungi kereta kereta sesat yang terisi pasangan pasangan yang sedang bermadu kasih. Sekitar jam 1.30 pagi hujan turun dengan lebat dan terpaksa mengangkat mata kail tanpa hasil dan mencari tempat untuk berteduh dan melepaskan lelah. Sasaran utama sudah pasti MCdonald 24 jam yang terletak sekita 5km dari lumut.
Sesampainya di sana hujan semakin lebat dan aku melabuhkan mesin bertayar empat aku dengan nombor pendaftaran BFX 4833 di satu sudut yang dikira selamat. Sementara menantikan waktu yang sesuai untuk minum aku masuk ke dalam untuk mencari sumber elektrik memandangkan laptop sudah pun kehilangan bateri.




Aku berada di MCD sehingga jam 6.00 pagi dan kemudiannya menunaikan solat subuh di masjid Seri Manjung dan kemudiannya meneruskan perjalanan ke Kg. Setiawan. Hujan masih lagi turun dan beberapa kumpulan kaki pancing masih tertunggu tunggu waktu yang sesuai untuk turun memandangkan cuaca yang kurang baik dan laut bergelora.








Sekitar jam 7.00 pagi aku teruskan hasratku untuk ke laut dengan berbekalkan doa agar diselamatkan dari perkara yang tidak diingini. Yang mabuk laut pastinya akan termuntah dengan hayunan seperti berada di atas buaian. Alhamdulillah aku masih mampu menahannya walaupun dalam keadaan terhuyung hayang. laut kian bergelora sehebat jiwa ku yang bergelora untuk mengangkat ikan besar.
Jam 8.30 pagi aku sudah pun berada di kawasan Teluk Dalam dan sudah pun mendapat hasil pertama iaitu ikan kerapu berbalang kuning.


Ini dia mungkin titik awal pertarungan. Bermula lah episod pertama pertarungan mengangkat ikan seberat 3kg. Tak besar tapi puas.
pertarungan akhirnya berhenti sekitar jam 7.00 malam untuk bersiap sedia pulang ke rumah dengan hasil pancingan yang berbaloi. Tong putih sudah pun berisi ikan dan yang ringan sudah menjadi berat.


Terima kasih dan nantikan untuk cerita akan datang


salam untuk semua

edy

24 Mei 2010